ARnotomy: Aplikasi Pembelajaran Sains Sekolah Rendah mengenai Tubuh Badan Manusia

Authors

  • Mohd Hanif Jofri
  • Siti Nurazreen Sam
  • NurHalwanie Mohd Harun
  • Nurul Asyikin Jalil Ceds UTHM

Keywords:

Bahasa Melayu, SDK, Unity dan Vuforia, Telefon Pintar

Abstract

Teknologi moden seperti telefon pintar telah menjadi sangat canggih pada masa kini. Khususnya, kebanyakan telefon pintar menggunakan kamera, pemproses yang setanding dengan PC dan akses internet. Dengan kelebihan yang terdapat pada telefon pintar telah memberi banyak kebaikan dan menjadikan sesuatu perkara itu dapat dilakukan dengan mudah serta menjimatkan masa. Oleh itu, kami telah mendapat idea untuk mencipta sebuah aplikasi yang dinamakan “ARnotomy” dimana aplikasi ini dapat membantu para pelajar dalam mempelajari ilmu Sains dalam suasana yang ceria. Objektif utama "ARnotomi" adalah untuk mewujudkan platform khas bagi aplikasi pembelajaran Sains Sekolah Rendah yang ditujukan khusus buat pelajar sekolah rendah dan juga guru-guru supaya dapat digunakan sebagai alat pembelajaran tambahan di sekolah. Kami menggunakan Kit Pembangunan Perisian Android (SDK) yang merangkumi pelbagai alat khusus yang membantu kami mengembangkan aplikasi mudah alih di platform Android menggunakan perisian Unity dan Vuforia. Secara ringkasnya, Abstrak ini meninjau teknologi, sistem dan aplikasi ARnotomy  dalam Augmented Reality. Selain itu juga, menerangkan tentang cabaran-cabaran dan keperluan sistem augmented reality mudah alih dalam menghasilkan aplikasi pembelajaran yang terdapat unsur 3 dimensi di dalamnya. Cadangan atau penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti aplikasi Augmented Reality kami juga akan dihuraikan. Bahagian 1 memberikan pengenalan tentang apa itu Augmented Reality dan motivasi untuk mengembangkan teknologi ini. Bahagian 2 membahas Augmented Reality Teknnologi dengan kaedah penglihatan komputer, peranti AR, antaramuka dan sistem, dan alat visualisasi. Pada bahagian 3 membincangkan tentang keputusan yang dapat disimpulkan berdasarkan borang responden yang telah diedarkan. Manakala pada bahagian 4 kesimpulan tentang mengapa Aplikasi ini dipilih.

Downloads

Published

26-07-2022

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Jofri, M. H., Sam, S. N., Mohd Harun, N., & Jalil, N. A. (2022). ARnotomy: Aplikasi Pembelajaran Sains Sekolah Rendah mengenai Tubuh Badan Manusia. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(2), 66-74. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/3482