Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) GermanDeutch Pembelajaran Nombor dalam Bahasa German permulaan peringkat Universiti

Authors

  • Intan Umaira Harun Intan Umaira Binti Harun
  • Nur Zatul Zafirah Zainurrashid
  • Nurul Firzanah Nor Hisham
  • Muhamad Hanif Jofri

Keywords:

Aplikasi AR, Model ADDIE, Kaedah Objek Visual

Abstract

Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) GermanDeutch  pembelajaran nombor dalam bahasa Jerman permulaan peringkat universiti merupakan aplikasi mudah alih yang menggunakan kaedah objek visual janaan komputer yang diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Namun pada zaman serba moden kini, masyarakat terutamanya pelajar telah didedahkan dengan pelbagai teknologi yang canggih.Pelajar semestinya akan merasakan kurang menarik dan bosan sekiranya hanya belajar dan mengulangkaji menerusi bahan bacaan yang mempunyai jenis penerangan yang panjang dan bahan bacaan lain yang berkaitan seperti buku teks.Walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi AR dalam bidang pendidikan masih diperingkat rendah berbanding dengan teknologi lain seperti belajar di atas talian.Teknik yang menggabungkan alam maya ini menggunakan teknik pemaparan yang menarik iaitu menampilkan objek dalam bentuk 3D,animasi,audio dan video dengan hanya mengimbas kamera telefon pintar kearah imej yang telah direka. Kaedah penbangunan metodologi yang digunakan ialah model ADDIE iaitu mempunyai lima fasa iaitu analisis,reka bentuk,pengembangan,pelaksanaan dan yang terakhir penilaian.Daripada hasil dapatan kajian bagi Augmented Reality ini dalam bentuk peratusan ialah sesuai kerana mejoriti pelajar,ibu bapa dan guru bersetuju bahawa penggunaan aplikasi “AR GermanDeutch” ini dapat membantu dalam sistem pembelajaran. .Oleh itu,projek ini dihasilkan adalah untuk membantu pelajar dan juga guru menggunakan aplikasi ini sebagai satu kemudahan untuk belajar yang lebih efektif.

Downloads

Published

23-02-2022

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Harun, I. U., Zainurrashid, N. Z. Z. ., Nor Hisham, N. F. ., & Jofri, M. . H. (2022). Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) GermanDeutch Pembelajaran Nombor dalam Bahasa German permulaan peringkat Universiti . Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 106-112. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/3479