MALIQ: Ilmu Pembelajaran Sains Aplikasi Mudah Alih melalui Al-Quran untuk Tujuan Pendidikan
Keywords:
al-Quran, sains, pelajar, aplikasi pembelajaranAbstract
Menurut laporan, pada tahun 2018 sebanyak 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012[1]. Ia dianggarkan kira-kira 6,000 pelajar telah berkurang setiap tahun. Kemerosotan pilihan aliran STEM ini berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti kurang diminati pelajar, subjek yang agak susah mendapat markah dan kurang didikan dan sokongan daripada ibubapa dan guru. Kajian ini telah meneroka lebih luas tentang pendedahan sains dalam kalangan pelajar yang dapat mengaitkan mereka dengan isi al-Quran. Borang soal selidik telah dilakukan untuk mengumpul dan menganalisis data. Hasil kajian mendapati sebanyak 66.3 peratus pelajar sekolah menengah meminati pembelajaran sains daripada al-Quran dan ianya perlu didedahkan dalam bentuk aplikasi pembelajaran. Kesimpulannya, kajian tentang pembelajaran sains melalui al-Quran telah membawa kita untuk meneroka tentang alam ini lebih luas seterusnya meningkatkan pemahaman tentang maksud disebalik kejadian makhluk di sekeliling kita.