Sistem Kawalan Lampu, Paras Air dan Kunci Pintu di dalam Tandas Awam

Authors

  • Haifaa Amira Hamizan Centre For Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh Branch, KM 1 Panchor Road, 84600 Muar, Johor.
  • Azra Yasmeen Ahmad
  • Syahmie Ashraff Roslan
  • Mohd. Hamim Sanusi

Keywords:

Pengesan Pengerakan, Tenaga elektrik, Paras Air

Abstract

Pada era globalisasi yang semakin meledak ini,terdapat banyak sensor telah dicipta. Gerakan, panas, bunyi, bau dan banyak lagi yang kebanyakannya terkenal dengan penggunaan tersendiri[1]. Kemudian penggunaan sensor menggantikan suis manual dimana pengguna perlu menekan suis untuk mematikan dan menghidupkan lampu. Sebagai contoh, jika pengguna terlupa untuk  mematikan lampu, pengesan  gerakan membantunya mematikan lampu seperti sensor Inframerah Pasif yang mengesan pergerakan dari jarak 3 meter. Tetapi untuk merancang pengesan gerakan, ketepatan yang tinggi perlu ada untuk mencapai tujuan utama.Tujuan projek ini adalah untuk merancang prototaip pengesan cahaya untuk mengawal penggunaan tenaga elektrik pada tahap yang paling minimum. Hal ini kerana, terdapat segelintir pengguna yang mengambil mudah akan penggunan elektrik. Seterusnya, pengesan paras air juga telah digunakan untuk mengesan paras air didalam tangki sekaligus dapat mengaktifkan sistem lampu yang akan menyala menandakan air sudah berkurangan yang membawa maksud tandas sudah dipam. Dalam projek ini juga, suis geganti jenis “Single-Pole-Double-Throw” (SPDT) telah digunakan. Ini disebabkan oleh kos yang perlu digunakan adalah lebih murah serta penyelenggaraannya juga mudah[2]. Oleh kerana prototaip hanya menggunakan bekalan DC, dan kemudian kajian seterusnya dapat menumpukan pada proses untuk menyambungkan litar dengan bekalan AC untuk membolehkan kesemua litar berfungsi supaya prototaip ini berhasil.Simulasi dan beberapa pengaturcaraan yang teliti telah dibuat untuk tujuan utama projek.

Downloads

Published

26-07-2022

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Hamizan, H. A., Azra Yasmeen Ahmad, Syahmie Ashraff Roslan, & Mohd. Hamim Sanusi. (2022). Sistem Kawalan Lampu, Paras Air dan Kunci Pintu di dalam Tandas Awam . Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(2), 331-335. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/3468