Perisian Kursus (Course Software/Courseware) bagi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk Jual Beli Mata Wang Kripto Siacoin menggunakan Indikator Teknikal Jalur Bollinger.
Keywords:
Matawang Kripto, Siacoin, Courseware, Perisian Kursus, Crypto CurrencyAbstract
Sejak pertama kali disusun oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2008, cryptocurrency telah menarik perhatian pelabur yang ketara. Sehingga kini, banyak pelabur telah melaburkan wang mereka dalam mata wang kripto. Coursware ataupun dikenali sebagai perisian kursus mata wang kripto Siacoin ini merupakan sebuah inisiatif yang kami lakukan sebagai salah satu usaha untuk menarik lebih ramai orang untuk menceburi dalam bidang melakukan perdagangan di dalam mata wang kripto siacoin ini dengan mewujudkan beberapa ciri khas yang menarik seperti meydeiakan pelbagai jenis pembelajaran dan metodologi yang berbeza seperti video, web, dan lain-lain. Ini membolehkan para pedagang mata wang kripto siacoin yang baru bermula ataupun sudah bermula mendapat info dan ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan semasa melakukan jual beli mata wang kripto siacoin ini. Tambahan pula, pengguna dapat menggunakan aplikasi ini dengan mudah kerana ianya dapat diakses secara percuma dan digunakan secara atas talian sahaja. Sehubungan dengan itu, ianya mendatangkan 1001 manfaat kepada sesiapa yang ingin berdagang dalam mata wang kripto Siacoin ini menggunakan jalur bollinger.