Kajian Perbandingan Penggunaan Alatan Inovasi (Brick Laying Tool) Dalam Kerja Ikatan Bata
Keywords:
Ikatan Bata, Mortar, Konvensional, KetebalanAbstract
Ikatan bata adalah salah satu proses kerja yang perlu dilakukan semasa membina sesebuah bangunan. Proses ini melibatkan batu bata dan campuran mortar yang berfungsi untuk menjadi ikatan yang mampu menguatkan ikatan antara satu bata dan bata yang lain. Kaedah konvensional mudah difahami dan senang dilaksanakan namun, kaedah ini pasti akan memberi masalah kepada pekerja kurang mahir untuk dikuasai dalam masa yang singkat dan ini akan menjejaskan proses pembinaan serta kepugakan dan ketebalan mortar sekaligus memberi kesan kepada kekuatan dinding bata. Kajian inovasi ini dijalankan untuk merekabentuk suatu peralatan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dan buruh binaan yang kurang berkemahiran dalam melaksanakan kerja-kerja bata. 30 artikel dikaji bagi memperoleh perbandingan antara alat-alat inovasi yang pernah dihasilkan dalam mebantu kerja ikatan bata. Ringkasan dari analisis kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara seperti jenis bahan, kaedah dan fungsi khas pada alat-alat inovasi yang dikaji. Setiap bahan, kaedah dan fungsi khas dikaji dan dilakukan perbandingan terutamanya dari segi kebaikan dan kelemahan pada kerja ikatan bata. Kemudian, perbincangan dilakukan dan memilih yang terbaik bagi diaplikasikan pada rekabentuk akhir alat inovasi kajian ini.