Hadir UTHM: Sistem Kehadiran Mudah Alih untuk Perekodan Kehadiran yang Efisien
Keywords:
Aplikasi, Mudah Alih, KehadiranAbstract
Aplikasi yang dibangunkan ini adalah aplikasi “Hadir UTHM”. Semua golongan mengetahui bahawa kehadiran di setiap institusi pengajian tinggi adalah amat penting. Secara umumnya, kehadiran pelajar diambil dari pelbagai jenis kaedah untuk pelajar merekod kehadiran serta pensyarah menganalisis kehadiran. Oleh itu, satu aplikasi telah dibangunkan untuk pelajar-pelajar di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia iaitu “Hadir UTHM”. Tujuan dibangunkan adalah untuk memberi kemudahan merekod kehadiran secara efektif. Ini kerana bersesuaian dengan pelajar masa kini yang terdedah dengan teknologi aplikasi mudah alih. Hal ini demikian kerana, aplikasi ini boleh diakses oleh kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah dan pelajar. Dengan ini projek yang akan dibangunkan ini dapat membantu pensyarah mengambil kehadiran para pelajar dengan lebih efektif dan automatic bukannya manual. Oleh itu, kami memgambil keputusan untuk membina aplikasi kehadiran yang mudah digunakan oleh para pelajar mahupun pensyarah untuk merekod dan menganalisi kehadiran pelajar di universiti. Kesimpulannya, aplikasi ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban para pelajar serta pensyarah yang mempunya masalah dalam menguruskan system kehadiran pelajar.