Beg Penghantar Berkuasa Solar

Authors

  • Muhammad Arman Shah Mohd Khairi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Irfan Hazim Mohd Khairizal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Iqbal Mohd Norul Yusli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Tuan Mohd Hafeez Tuan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Najib Janon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hafsa Mohammad Noor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Beg Solar, Tenaga Alternatif, Panel Solar, Rakan Penghantar

Abstract

Ekonomi gig yang merujuk kepada sistem yang pekerjaannya bersifat sementara atau sambilan yang kini kian berkembang hari demi hari. Pelbagai pekerjaan di bawah ekonomi gig ini dan diantaranya ialah penghantar makanan. Telefon pintar adalah alatan utama yang digunakan oleh rakan penghantar untuk menyelesaikan tugasan. Tujuan pembangunan projek ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti kapasiti telefon pintar yang terhad. Projek ini terdiri daripada tiga fasa kejuruteraan dalam pembangunan projek. Tiga fasa iaitu mengenalpasti masalah, melakar reka bentuk dan juga pengiraan. Beg ini berfungsi apabila adanya cahaya matahari untuk mengecas bateri di dalam beg yang akan menyimpan tenaga ketika cuaca mendung, hujan atau pada waktu malam. Dengan adanya inovasi ini maka terhasil sebuah beg yang dilengkapi dengan sistem solar yang dijadikan sebagai tenaga alternatif untuk rakan penghantar. Secara keseluruhannya, projek ini telah mencapai objektif kajian. Namun begitu, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam reka bentuk produk dan penggunaan aplikasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-05-2026

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Mohd Khairi, M. A. S. ., Mohd Khairizal, . M. I. H., Mohd Norul Yusli, M. I., Tuan Ibrahim, T. M. H. T. I., Janon, M. N. ., & Mohammad Noor, H. (2026). Beg Penghantar Berkuasa Solar. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 7(2), 153-159. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/23796