Lintasan Pejalan Kaki Pintar Menggunakan Arduino
Keywords:
Arduino Uno , Sistem lintasan pejalan kaki pintarAbstract
Projek ini membangunkan satu sistem lintasan pejalan kaki pintar menggunakan teknologi Arduino bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya di kawasan lintasan zebra. Sistem ini direka bentuk untuk mengesan kehadiran pejalan kaki secara automatik menggunakan penderia pergerakan (PIR) dan seterusnya mengaktifkan lampu isyarat serta palang automatik yang dikawal oleh motor servo. Dengan adanya sistem ini, kenderaan akan diberi amaran untuk berhenti apabila pejalan kaki melintas, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan. Projek ini menggunakan komponen elektronik utama seperti Arduino Uno, LED, motor servo, dan breadboard untuk membina prototaip sistem yang berfungsi secara automatik dan responsif. Hasil pengujian menunjukkan bahawa sistem ini mampu bertindak balas dengan pantas terhadap pergerakan pejalan kaki dan mengawal lalu lintas dengan lebih cekap. Secara keseluruhannya, sistem lintasan pejalan kaki pintar ini dapat meningkatkan keselamatan dan kelancaran trafik, terutama pada waktu puncak. Cadangan masa hadapan termasuk penggunaan sensor yang lebih canggih dan integrasi dengan sistem trafik bandar pintar.



