Pembangunan Aplikasi Sensor Arus dengan Amaran Lebihan Beban

Authors

  • Muhammad Zulhilmi Hakizan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ahmad Alabqari Ma’Radzi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Tengku Nadzlin Tengku Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Shukri Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Sensor arus, Lebihan beban, ESP32, Blynk, IoT

Abstract

Sistem pemantauan arus elektrik penting untuk memastikan litar terlindung daripada kerosakan dan risiko litar pintas yang berpunca
daripada lebihan arus. Peningkatan penggunaan peranti elektronik di rumah dan premis kecil membawa kepada risiko beban berlebihan tanpa disedari. Justeru, projek ini dibangunkan bertujuan untuk memberi amaran awal dan perlindungan automatik kepada pengguna. Sistem menggunakan mikropengawal ESP32 bersama sensor ACS712 untuk memantau arus secara masa nyata. Komponen seperti relay, LED, paparan LCD serta aplikasi Blynk digabungkan untuk memberikan notifikasi dan memutuskan litar secara automatik. Ujian simulasi dan perkakasan menunjukkan sistem bertindak balas kurang dari satu saat selepas lebihan arus dikesan. Sistem ini berfungsi dengan ketepatan yang memuaskan dan berpotensi ditambah baik dengan integrasi platform komunikasi lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-05-2026

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Hakizan, M. Z. ., Ma’Radzi, A. A. ., Tengku Ibrahim, T. N. ., & Ahmad, M. S. . (2026). Pembangunan Aplikasi Sensor Arus dengan Amaran Lebihan Beban. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 7(2), 78-83. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/21686