AI Literasi Interaktif Bahasa Melayu (ALIM) Menggunakan Teknologi “Voice to Text Matching”
Keywords:
Aplikasi membaca, Literasi bahasa, Pengecaman suara, Prasekolah, Padanan Suara-TeksAbstract
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang mencerminkan identiti budaya dan perlu dimartabatkan. Namun begitu, rekod pada tahun 2024 menunjukkan seramai 175,394 orang murid tahun akhir sekolah rendah (13 peratus) didapati masih lemah dalam kemahiran literasi Bahasa Melayu. Situasi ini menuntut pelaksanaan pendekatan latihan literasi yang lebih konsisten, interaktif, dan berkesan. Tanpa intervensi yang sewajarnya, kelemahan ini berisiko menjejaskan perkembangan literasi mereka secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, teknologi Voice to Text Matching dilihat sebagai satu inovasi yang berpotensi besar untuk menangani isu ini. Kelebihan utama teknologi ini termasuklah keupayaannya untuk meningkatkan kefasihan dan ketepatan sebutan, menggalakkan pembelajaran kendiri, serta menyediakan laporan kemajuan membaca secara masa nyata. Walaupun terdapat pelbagai aplikasi pembelajaran membaca di pasaran, sebahagian besarnya masih belum mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) yang bercirikan Voice to Text Matching. Bagi mengisi kelompongan ini, projek ALIM dibangunkan dengan mengadaptasi teknologi pengecaman suara (Speech Recognition) dan padanan suara kepada teks (Voice to Text Matching) berasaskan AI untuk menilai tahap literasi membaca kanak-kanak. Berteraskan metodologi Agile, ALIM direka bentuk sebagai sebuah aplikasi mudah alih interaktif yang turut menjana laporan kemajuan bacaan bagi membantu guru melaksanakan penilaian yang lebih sistematik 4. Hasil pengujian mendapati 90.0% kanak-kanak dan 93.3% guru bersetuju bahawa aplikasi ALIM terbukti berkesan dalam meningkatkan pemahaman serta kemahiran membaca.



