Lampu Isyarat Pintar bagi Kenderaan Kecemasan

Authors

  • Muhammad Adam Syaheed Asrul Faizal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Eliya Nasierah Wira Ali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nurin Afrina Abd Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hazirah Bujang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nor Baizura Hamid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Lampu isyarat pintar, kenderaan kecemasan, sensor bunyi

Abstract

Projek ini dijalankan bagi menangani isu kelewatan kenderaan kecemasan yang sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat sistem lampu isyarat yang tidak responsif. Kelewatan ini boleh mendatangkan kesan yang serius, terutamanya apabila melibatkan nyawa. Maka, sistem lampu isyarat pintar ini direka bentuk untuk memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan dengan mengesan bunyi siren agar lampu isyarat dapat bertukar kepada hijau secara automatik. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas pengguna jalan raya tentang keperluan sistem lampu isyarat pintar dan pada masa yang sama mereka bentuk sistem berasaskan sensor bunyi. Sistem ini diuji bagi menentukan keberkesanannya dalam mengesan kenderaan kecemasan serta menukar isyarat lampu dengan segera. Kaedah kajian melibatkan edaran borang soal selidik menggunakan Google Form kepada 100 responden serta pembangunan prototaip sistem. Hasil kajian menunjukkan bahawa 68% responden bersetuju bahawa lampu isyarat pintar penting bagi mempercepatkan pergerakan kenderaan kecemasan, manakala 85% berpendapat bahawa lampu isyarat konvensional menjadi penyebab kepada kelewatan pergerakan kenderaan kecemasan. Seterusnya model prototaip berjaya dihasilkan dan sistem prototaip juga berjaya berfungsi dengan baik apabila diuji dalam simulasi. Ujian dijalankan dengan menggunakan sensor dan mikropengawal untuk melihat tindak balas sistem terhadap input daripada kenderaan kecemasan. Keputusan purata pengujian model lampu bertukar hijau ialah sebanyak 88.89% dan purata lampu kekal merah ialah sebanyak 11.11%. Kesimpulannya, semua objektif kajian telah berjaya dicapai dan sistem lampu isyarat pintar yang dibangunkan menunjukkan potensi untuk membantu mempercepatkan laluan kenderaan kecemasan serta meningkatkan keselamatan di jalan raya. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-05-2026

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Muhammad Adam Syaheed Asrul Faizal, Eliya Nasierah Wira Ali, Nurin Afrina Abd Rahim, Hazirah Bujang, & Nor Baizura Hamid. (2026). Lampu Isyarat Pintar bagi Kenderaan Kecemasan. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 7(2), 234-241. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/20708