Sistem Kawalan Empangan Berasaskan Sensor dan Pengaktifan Tadahan Simpanan Air
Keywords:
Empangan pintar, Sistem kawalan empangan, Pengaliran air automatik, Reka bentuk prototaip, Sensor paras airAbstract
Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk sistem kawalan empangan secara automatik. Hal ini dapat mengurangkan risiko kerosakan struktur empangan dan mengawal pelepasan air secara teratur, secara tidak langsung sistem ini dapat mencegah banjir besar berlaku akibat kenaikan paras air yang melebihi tahap bahaya di empangan. Seteruenya, empangan yang dikawal secara manual atau sistem konvensional kurang efisien dalam memantau paras air, terutama ketika hujan lebat atau perubahan cuaca ekstrem. Ini meningkatkan risiko banjir dan ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar. Oleh itu, sistem kawalan empangan berteknologi pintar dan sensor automatik amat diperlukan bagi mengesan dan mengawal paras air secara sistematik. Manakala, objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan menilai sistem kawalan empangan pintar berasaskan sensor yang mampu mengesan, mengawal dan memindahkan lebihan air secara automatik ke kawasan tadahan apabila paras air melebihi tahap bahaya. Di samping itu, kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk prototaip dengan Arduino Uno, sensor paras air, servo motor dan buzzer untuk membina sistem kawalan empangan pintar yang mampu mengesan, memberi amaran dan mengalirkan lebihan air secara automatik. Hasil pengujian menunjukkan bahawa sistem kawalan empangan pintar yang dibangunkan berjaya mengesan paras air secara tepat, mengaktifkan amaran apabila mencapai tahap bahaya, dan mengawal aliran lebihan air ke kawasan tadahan secara automatik dan berkesan. Kesimpulannya, sistem empangan pintar ini berjaya mengesan, memberi amaran, dan mengawal aliran air secara automatik, sekali gus meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengurusan empangan.



