Prototaip Sistem Pintar Pakir kenderaan Bandar: Paparan Indikasi Kekosangan ruang Tempat Letak Kenderaan Menggunakan Led
Keywords:
Smart parking, space availability counter, petunjuk kekosongan ruang letak keretaAbstract
Sistem ini merupakan pembangunan prototaip sistem pintar tempat letak kenderaan yang memberikan maklumat paparan kekosongan bilangan tapak letak kenderaan bagi memudahkan pengguna mancari tempat parker kenderaan mereka dengan lebih cepat. Masalah ketiadaan paparan maklumat kekosongan tapak letak kenderaan menyebabkan penggguna menghadapi kesukaran untuk mempakirkan kenderaan mereka dengan lebih cepat dan mudah. Oleh yang demikian kami telah membangunkan satu system iaitu Sistem Papran Indikasi Kekosangan Ruang Tempat Letak Kenderaan Menggunakan Led. Metodologi yang telah digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah dengan menggunakan kaedah model Water Fall dan applikasi pembinaan aturcaranya ialah dengan menggunakan perisian Arduino. Hasil pembangunan sistem ini telah diuji lari dan keputusan yang diperolehi adalah bahawa sistem ini dapat berjaya menyelesaikan masalah kesukaran pencarian kekosongan tapak letak kenderaan dan lebih daripada 90% pengguna menyukainya.