Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) Untuk Standard Subjek Muzik Tahun 4 Sekolah Rendah

Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) Untuk Standard Subjek Muzik Tahun 4 Sekolah Rendah

Authors

  • Suhaimi Yasin
  • Auni Athirah Suruji
  • Siti Nursyafiqah Selamat
  • Shafika Zamzamir
  • Hazwani Rahmat
  • Juliana Mohamed
  • Noordiana Kassim

Keywords:

AR Application, Visual Object, Music, Primary School, ADDIE Model

Abstract

Abstract: ‘Mobile Application Augmented Reality for Music Subject Standard 4 Primary School’  merupakan  aplikasi  mudah  alih  yang  menggunakan  kaedah  objek  visual janaan komputer bagi kegunaa  mata pelajaran muzik yang terdapat di dalam silibus sekolah rendah. Permasalahan yang berlaku pada murid-murid di sekolah ialah cara pembelajaran yang menggunakan nota bertulis atau buku sebagai panduan asas pembelajaran  didapati  kurang  menarik  perhatian  murid-murid  untuk  mempelajari mata  pelajaran  ini.  Kajian  ini  dilakukan  adalah  bertujuan  untuk  menarik  minat murid-murid  terhadap  mata  pelajaran  muzik  yang  sebelumnya  didapati  kurang menarik bagi mereka. Bukan itu sahaja, jika aplikasi ini dapat digunakan dengan baik ia juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi yang semakin canggih ini dan membmberi manafaat dalam bidang pendidikan. Oleh itu, metodologi yang akan diaplikasikan di dalam projek  ini  adalah  model  ADDIE.  Model  ADDIE  digunakan  kerana  ianya  sesuai dengan projek yang dijalankan dan mempunyai lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pengembangan, pelaksanaan dan penilaian. Kesimpulannya, semoga projek yang dilaksanakan ini dapat memberi banyak pendedahan kepada orang ramai dan dapat membantu  pihak  sekolah  dan  kanak-kanak  khususnya  kepada  guru-guru  yang mengajar pembelajaran mata pelajaran muzik ini.

Downloads

Published

24-05-2021

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Yasin, S., Auni Athirah Suruji, Siti Nursyafiqah Selamat, Zamzamir, S. ., Hazwani Rahmat, Juliana Mohamed, & Noordiana Kassim. (2021). Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) Untuk Standard Subjek Muzik Tahun 4 Sekolah Rendah: Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) Untuk Standard Subjek Muzik Tahun 4 Sekolah Rendah. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(2), 353-358. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/1942

Most read articles by the same author(s)