Pencapaian Akademik Kursus Fizik I Pelajar Diploma di UTHM

Authors

  • Norbaizura Nordin
  • Rozidawati Awang

Keywords:

Academic Achievement Grade, Physics 1, Quantitative Study, Difficulty Level Syllabus, Diagnostic Test Score Analysis

Abstract

Pembentukkan Kementerian pendidikan seimbang berasaskan Falsafah Pendidikan Negara untuk membangunkan aspirasi pelajar. Pembangunan pelajar yang menguasai bidang pilihan, menjadikan pelajar mampu memanfaat, mengaplikasikan pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik (STEM). Fizik I (Mekanik Klasik) merupakan subjek yang sukar untuk difahami ini kerana fizik menekankan konsep dan prinsip yang tidak dapat dibayangkan melalui pancarindera. Kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis kajian lampau gred pencapaian akademik kumpulan pelajar yang mengambil kursus Fizik I bagi sesi sem 1 tahun 2013/2014 hingga 2016/2017. Selain itu kajian kualitatif mengenalpasti aras penerimaan tahap kesenangan-kesukaran silibus Fizik bagi sebahagian kumpulan pelajar secara rawak. Disamping itu, analisis data ujian diagnosis antara ujian 1 dan ujian 2 pelajar sesi 2017/2018 dilaksanakan. Ini bagi mengenalpasti pencapaian pelajar hasil penambahbaikan kualiti continue quality improvement (CQI).  Hasil kajian dapat disimpulkan secara purata bahawa majoriti pelajar hanya mendapat gred C bagi subjek Diploma Fizik I iaitu adalah tidak capai indeks prestasi utama key performance index (KPI). Selain itu hasil kajian aras kesukaran silibus  dapat disimpulkan bahawa semakin mendalam sesuatu topik semakin sukar untuk difahami. Terutamanya topik hubungkait konsep seperti Relation Between Angular, Tangential and Centripetal Quantities memcatatkan skor sangat susah tertinggi iaitu 10.2% Kesimpulannya mendapati pelajar bermasalah dalam pembelajaran Fizik I terutama dalam memahami topik gabungan teori, konsep dan aplikasi yang sukar untuk difahami dan dijelaskan oleh para pelajar.

Downloads

Published

24-05-2021

Issue

Section

Applied Sciences

How to Cite

Nordin, N., & Awang, R. (2021). Pencapaian Akademik Kursus Fizik I Pelajar Diploma di UTHM . Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(2), 295–307. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/1851