Kertas Konsep Pembangunan Model Kompetensi Digital Pendidik TVET Ke Arah Transformasi Digital
Keywords:
Kompetensi Digital, Pendidik TVET , Transformasi Digital, TVET Digital, Kompetensi Pendidik TVETAbstract
Pendigitalan dalam pendidikan memberikan cabaran baharu terutamanya kepada pendidik dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan transformasi digital. Pendidik TVET perlu berdaya saing mendepani transformasi digital dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran agar ianya menjadi lebih menarik. Kemajuan teknologi digital dan ICT telah menjadikan kompetensi digital pendidik begitu penting dalam pembangunan profesional dan kapasiti pendidik TVET. Walaupun beberapa kerangka kompetensi digital antarabangsa wujud, model khusus untuk pedagogi TVET masih belum dibangunkan. Kajian ini bertujuan membangunkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET menggunakan pendekatan kaedah campuran (mix-method) dengan rekabentuk Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan (Exploratory Sequential Mix-Method) melalui kaedah temu bual (kualitatif) dan soal selidik (kuantitatif). Fasa pertama melibatkan analisis dokumen dan temu bual dengan 13 pakar, manakala fasa kedua menggunakan soal selidik dengan 85 pendidik TVET di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Data dianalisis menggunakan analisis tema, Fuzzy Delphi (FDM), dan Permodelan Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM). Dapatan kajian mengenal pasti domain, elemen, dan sub-elemen kompetensi digital, menghasilkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET. Model ini diharapkan dapat menjadi panduan bagi melahirkan pendidik TVET yang kompeten dan berkualiti pada masa hadapan



