Penjaga Bungkusan Pintar
Keywords:
Pembelian Dalam Talian, Penghantaran Bungkusan, Keselamatan, Smart Parcel Keeper, One-Way Insert, COD, Aplikasi Kawalan JauhAbstract
Pembelian dalam talian semakin popular dan telah menyebabkan peningkatan ketara dalam jumlah penghantaran bungkusan. Namun, masalah seperti kerosakan dan kecurian bungkusan daripada kotak penyimpanan tradisional yang tidak berkunci masih kerap berlaku. Di samping itu, penerima sering menghadapi kesulitan apabila tidak dapat keluar untuk menerima bungkusan, khususnya bagi perkhidmatan tunai semasa penghantaran (COD). Kajian ini membangunkan prototaip Smart Parcel Keeper yang direka untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan penyimpanan bungkusan. Prototaip ini dilengkapi dengan mekanisme sisipan sehala (One-Way Insert) bagi menghalang kecurian, serta slot khusus untuk pembayaran COD yang dikawal melalui aplikasi mudah alih. Aplikasi ini membolehkan pemilik memberi kebenaran kepada penghantar untuk membuka kotak dari jauh. Ujian fungsi menunjukkan bahawa sistem ini beroperasi dengan baik dalam julat kawalan sehingga 20-meter dan berjaya mencegah pengeluaran bungkusan secara tidak sah. Keputusan ini membuktikan keberkesanan Smart Parcel Keeper dalam meningkatkan keselamatan bungkusan dan memberikan kemudahan kepada pengguna. Kajian seterusnya dicadangkan untuk menyepadukan sistem ini ke dalam rangkaian penghantaran sedia ada bagi aplikasi berskala lebih besar.



