Alat Pengupas Sabut Kelapa Tua

Authors

  • Haziq Azfar Khairun Anuar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Haziq Mohd Auli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ahmad Faiz Mat Zin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Hanafi Asril Rajo Mantari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Buah Kelapa Tua, Alat Pengupas Kelapa Tua

Abstract

Alat Pengupas Sabut Kelapa Tua ini dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan proses pengupasan kelapa dengan penggunaan tenaga manusia yang minimum tanpa memerlukan sumber elektrik. Dalam industri pertanian, khususnya bagi pengusaha kecil, kaedah tradisional menggunakan mata tajak bukan sahaja memakan masa sehingga 120 saat bagi sebiji kelapa, malah berisiko tinggi menyebabkan kecederaan. Projek ini bertujuan menghasilkan alat yang lebih selamat, mudah digunakan, serta mampu mengupas sebiji kelapa dalam masa kurang daripada satu minit. Dibina menggunakan bahan mudah didapati dengan teknik fabrikasi ringkas, ujilari menunjukkan alat ini mampu mengupas sebiji kelapa dalam 54 saat dan lima biji kelapa tua dalam 240 saat. Analisis ini membuktikan alat ini dua kali lebih pantas berbanding kaedah tradisional, meskipun sedikit perlahan daripada mesin separa automatik.

Downloads

Published

17-11-2025

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Khairun Anuar, H. A. ., Mohd Auli, M. H. ., Mat Zin, A. F. ., & Asril Rajo Mantari, M. H. . (2025). Alat Pengupas Sabut Kelapa Tua. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 6(4), 225-230. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/18021