Mesin Pembakar Lemang Automatik
Keywords:
Inovasi Makanan, Mesin Pembakar Lemang, Pengurangan Risiko KecederaanAbstract
Proses pembakaran lemang memerlukan prosedur yang sangat teliti bagi mengekalkan kualiti dan keaslian tekstur lemang tersebut. Pengemar lemang mementingkan kualiti rasa dan tekstur lemang. Proses membakar lemang melalui kaedah tradisional merupakan satu kaedah yang amat memenatkan dan mengambil masa yang lama. Proses ini memerlukan kemahiran dan penjagaan api yang baik, serta mengambil masa antara empat hingga lima jam. Selain itu, terdapat risiko kecederaan kepada pekerja ketika mengendalikan pembakaran batang lemang. Objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk mesin pembakar lemang mudah alih yang dapat memutarkan lemang secara sistematik bagi memastikan pembakaran yang sekata dan mengurangkan risiko kecederaan kepada pekerja. Mesin Pembakar Lemang Automatik ini mampu membakar 22 batang lemang pada satu-satu masa. Mesin ini beroperasi dengan sistem pemutaran berputar selama 25 minit dan berhenti berputar selama 5 minit. Tempo ini berulang sehingga lemang masak sepenuhnya. Lemang hanya berpusing pada satu arah sahaja mengikut arah jam secara 180°. Lemang dikira masak apabila dicucuk dengan lidi, lemang yang melekat pada lidi melekit dan tidak basah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa mesin ini dapat meningkatkan produktiviti pembakaran lemang berbanding kaedah tradisional, dengan kualiti lemang yang lebih konsisten. Mesin ini juga mempunyai ciri keselamatan yang baik, mengurangkan risiko kecederaan kepada pekerja seperti melecur dan asap masuk mata. Mesin pembakar lemang automatik bukan sahaja menawarkan penyelesaian kepada masalah pengeluaran tetapi juga menyokong kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan tenaga dan pengeluaran asap berbanding kaedah tradisional. Penggunaan mesin ini juga dapat membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) dalam meningkatkan kuantiti pengeluaran lemang serta memendekkan masa pembakaran.



