Sistem Pemantauan Kuantiti Sampah di Dalam Tong Sampah Menggunakan Aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT)

Authors

  • Nur Aina Syafiqah Azmi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Nurul Al Hafiz Sha'abani Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Tong Sampah, Internet Pelbagai Benda, Google Spreadsheet, Blynk

Abstract

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah tong sampah besar yang mempunyai suis penderia infrared boleh laras untuk mengesan kuantiti tong sampah di dalam tong sampah dan memberi data kepada pihak atasan untuk membuat pantauan. Hal ini tercetus apabila sampah sarap yang dibuang ke dalam tong sampah besar kerap penuh sehingga masyarakat terpaksa membuang sampah di luar tong sampah. Jika perkara ini tidak diambil berat, kesan buruk akan berlaku kerana sampah sarap yang dibuang sebarangan dapat mengundang berbagai-bagai jenis bakteria, virus dan parasit. Objektif projek ini adalah untuk membuat pantauan di aplikasi Blynk dan merekod data tarikh sampah penuh dan tarikh pengutipan sampah yang dilakukan oleh pihak berkaitan di google spreadsheet. Projek ini dibangunkan dengan menggunakan ESP32,  suis penderia infrared boleh laras, panel solar, pemancar cahaya (LED) dan dua buah aplikasi iaitu Blynk dan google spreadsheet. ESP32 ini adalah komponen utama kerana ianya digunakan sebagai mikropengawal untuk menyambungkan kesemua komponen. Suis penderia infrared boleh laras pula digunakan untuk mengesan kuantiti sampah di dalam tong sampah dan memberi isyarat kepada Blynk dan data akan direkodkan di google spreadsheet. LED akan memberi isyarat kepada masyarakat tentang status tong sampah tersebut. Kesimpulannya, projek ini dapat membantu pihak atasan untuk memantau kuantiti sampah di dalam tong sampah agar tong sampah tersebut sentiasa mempunyai ruang untuk masyarakat membuang sampah. 

Downloads

Published

17-11-2025

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Azmi, N. A. S., & Sha'abani, M. N. A. H. (2025). Sistem Pemantauan Kuantiti Sampah di Dalam Tong Sampah Menggunakan Aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT). Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 6(4), 345-351. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/18007