Chairless Chair
Keywords:
Solidwork, Chairless Chair, Small Medium IndustryAbstract
Apabila manusia berdiri dalam tempoh masa yang lama ketika bekerja ianya akan mengundang risiko untuk mengalami penyakit jantung, sakit belakang yang serius, kaki kejang dan sakit tulang belakang. Dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS), ruang yang sempit merupakan faktor yang menghalang pekerja untuk melakukan kerja mereka dengan selesa dan pantas. Untuk keselesaan dan menghindar risiko yang dinyatakan suatu mekanisme simulasi yang lebih murah dari produk sediada telah direka bentuk. Aluminum Alloi 7075 dipilih kerana menepati dengan kriteria bahan yang dicari seperti ringan dan murah. Ringan merupakan aspek untuk projek ini. Perisian solidwork 2018 digunakan bagi melihat kekuatan bahan dan rekabentuk yang dihasilkan. Berdasarkan analisa yang dilakukan kekuatan setiap bahagian projek Chairless chair, produk ini berjaya menampung berat yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 100 kg yang telah dilakukan di bahagian penahan utama. Hasil dapatan terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan seperti span yang lebih tebal perlu digunakan supaya pengguna dapat duduk dalam jangka masa yang lama kedua, menggunakan bahan yang lebih ringan agar para pengguna dapat bergerak dengan pantas.