Penanda Paip PVC dan UPVC
Keywords:
PVC ( Polivinyl Chloride), UPVC (Unplasticized Polivinyl Chloride), Mesin Penanda Laser UV, ParadigmaAbstract
Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan penanda paip PVC (Polyvinyl Chloride) dan UPVC (Unplasticized Polyvinyl Chloride) untuk tujuan pemotongan, dengan meneliti elemen utama yang mempengaruhi ketepatan dan kecekapan proses pemotongan paip. PVC dan UPVC dipilih kerana popularitinya sebagai bahan utama dalam sistem paip dalam pelbagai industri. Hasil kajian juga menunjukkan ketidaksempurnaan dari hasil pemotongan pemotongan paip bagi tujuan pemasangan. Seterusnya, hasil kajian juga menunjukkan rekaan penanda paip PVC dan UPVC ini mampu menyelesaikan masalah ketika proses pemotongan dijalankan. Daripada kajian yang dijalankan juga menunjukkan terdapat hubungan antara proses pemotongan dan proses pemasangan paip dan perlu menambah baik dengan mencipta satu rekaan penanda sebagai panduan ketika memotong paip.



