Kajian Perbandingan Indeks Kualiti Air antara Sungai Gombang dan Sungai Panchor, Muar

Authors

  • Hanis Sufina Shamsul Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Najwa Khairojizat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Fadhlin Sakina Nor Abdan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mardiha Mokhtar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sungai Muar, Indeks Kualiti Air, aktiviti perikanan, pengairan

Abstract

Masalah kualiti air telah mula mendapat perhatian yang ketara daripada masyarakat di Malaysia kerana isu pencemaran air telah timbul sejak beberapa tahun lalu. Oleh itu, penentuan status kualiti air mentah adalah penting untuk memastikan tahap kualiti air mentah telah memenuhi piawaian yang boleh digunakan. Kajian ini bertujuan untuk menguji indeks kualiti air di dua lokasi iaitu Sungai Gombang dan Sungai Panchor, Muar. Kemudian, membuat perbandingan Indeks Kualiti Air (WQI) serta menghubungkaitkan keadaan persekitaran dengan hasil ujikaji. Pencirian lengkap dan klasifikasi kualiti air telah dibandingkan dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan ditentukan dengan menjalankan ujikaji. Keputusan menunjukkan kualiti air dengan nilai WQI antara 54.54 hingga 69.80. Kawasan kajian dapat diklasifikasikan di dalam julat kurang tercemar. Walaubagaimanapun, air sungai di kawasan kajian boleh digunakan sebagai air minuman, tetapi ia memerlukan rawatan lanjut sebelum digunakan. Air itu hanya sesuai untuk aktiviti perikanan dan pengairan pertanian jika tidak dirawat. Rawatan air sisa adalah proses yang penting untuk memastikan kualiti air sungai berada pada tahap yang sesuai mengikut parameter. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

17-11-2025

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Hanis Sufina Shamsul, Khairojizat, N., Fadhlin Sakina Nor Abdan, & Mardiha Mokhtar. (2025). Kajian Perbandingan Indeks Kualiti Air antara Sungai Gombang dan Sungai Panchor, Muar. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 6(4), 40-48. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/17078