Mesin Pengasingan dan Penjumlahan Duit Syiling
Keywords:
Teknologi IoT, Litar penjumlahanAbstract
Projek ini bertujuan untuk memajukan teknologi dan menyelesaikan masalah syiling yang bertaburan serta kurang minat menabung di kalangan rakyat. Hal ini bertujuan untuk membina litar pembilang untuk menjumlahkan duit agar dapat memudahkan pengguna mengetahui jumlah duit dalam tabung dengan meletakkan paparan pada tabung. Dengan menggunakan konsep IoT, projek ini dapat berjalan dengan jayanya. Selain itu, carta alir, gambarajah blok dan litar skematik juga dapat membantu dalam membina projek ini. Daripada perbincangan yang dilakukan, tujuan projek adalah tabung yang mengasingkan jumlah duit syiling iaitu 50,20,10 dan 5 sen kepada masing-masing paparan LCD .Tetapi berbeza daripada keputusan yang diperolehi iaitu dapat memudahkan litar dengan mengubahkan masing masing paparan LCD kepada satu LCD. Akhir sekali, hal ini akan mengira semua jumlah duit dan memaparkan pada aplikasi blynk serta LCD.