Peranan Indonesian Community Centre (Icc) Dalam Memperjuangkan Pendidikan Dan Pembinaan Akhlak Kanak-Kanak Pekerja Migran Indonesia (PMI) Di Malaysia

Authors

  • Lasmi Lasmi UTHM
  • Siti Marpuah UTHM
  • Riki Rahman
  • Muhammad Najmi Hassan

Keywords:

ICC, PMI, pendidikan, akhlak

Abstract

ICC Muar beroperasi dengan tujuan untuk memberikan pelayanan pendidikan untuk anak-anak PMI di kawasan sekitar. Maklumat dan input berkenaan dengan peranan ICC Muar dalam pendidikan dan pembinaan akhlak anak-anak PMI tidak banyak dijumpai. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti maklumat dan input yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran dan pembinaan akhlak di ICC Muar. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dengan menggunakan PMI dan pegawai KJRI Johor Bahru sebagai responden. Hasil temu bual yang dijalankan menunjukkan pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan dan bukti adanya pembentukan akhlak dalam kalangan anak-anak PMI di ICC Muar. Masih terdapat ICC lain dan aspek lain berhubungan dengan peranan ICC Muar yang belum dikaji dan diteliti yang semestinya boleh memantapkan kajian ini.

Downloads

Published

02-01-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Lasmi, L. (2023). Peranan Indonesian Community Centre (Icc) Dalam Memperjuangkan Pendidikan Dan Pembinaan Akhlak Kanak-Kanak Pekerja Migran Indonesia (PMI) Di Malaysia (S. . Marpuah, R. . Rahman, & M. N. . Hassan , Trans.). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(2), 130-135. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9822