Sihir sebagai Keganasan Tersembunyi: Analisis Berdasarkan Pandangan Mangsa Gangguan Sihir

Authors

  • Noor Shakirah Mat Akhir USM
  • Nurul Hidayawatie Mustaffa
  • Norshabiha Ibrahim

Keywords:

Sihir, makhluk halus, akidah, keganasan, tersembunyi

Abstract

Sihir adalah perbuatan atau kejadian luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi yang melibatkan perantaraan makhluk halus. Para sarjana tempatan begitu giat mengkaji tentang sihir termasuk membincangkan pelbagai kaedah untuk merawatnya. Perasaan hasad dengki, kegusaran, permusuhan serta cinta tak berbalas menjadi punca berlakunya sihir. Kepercayaan kepada makhluk halus turut menyumbang kepada perlakuan ini. Secara jelas, sihir adalah perbuatan yang menyalahi akidah dan ditegah dalam Islam. Sihir termasuk dalam kategori dosa besar yang tidak diampunkan dan pengamalnya dianggap jatuh syirik kepada Allah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggabungkan kaedah analisis kandungan (content analysis) dan kajian lapangan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti sihir sebagai keganasan tersembunyi dalam kalangan masyarakat tempatan. Empat orang responden telah dipilih secara bertujuan untuk menjalani soal selidik dan kaedah temu bual separa berstruktur. Soal selidik dijalankan bagi mendapatkan maklumat latar belakang responden. Sebelas tema kajian berkaitan sihir dimuatkan dalam soalan temu bual. Data kajian dianalisis menurut kaedah kualitatif serta menggunakan perisian Atlas.ti. Kajian mendapati sihir merupakan sejenis keganasan tersembunyi berdasarkan pendedahan responden dalam empat daripada sebelas tema yang dikaji. Hal ini menunjukkan amalan sihir sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat tempatan dan masyarakat perlu dididik agar tidak melakukan dan meneruskan amalan ini sekaligus membendung amalan ini dari berleluasa.

Downloads

Published

20-06-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Noor Shakirah Mat Akhir, Nurul Hidayawatie Mustaffa, & Norshabiha Ibrahim. (2023). Sihir sebagai Keganasan Tersembunyi: Analisis Berdasarkan Pandangan Mangsa Gangguan Sihir. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(1), 13-29. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9577

Most read articles by the same author(s)