Pandangan Ahli Akademik Muslim Terpilih di Malaysia Tentang Keganasan

Authors

  • Noor Shakirah Mat Akhir USM
  • Nurul Hidayawatie Mustaffa
  • Norshabiha Ibrahim
  • Salasiah Hanin Hamjah

Keywords:

Keganasan; psikologi; Islam; ulama; akademik

Abstract

Keganasan merupakan isu global yang telah dibincangkan sejak sekian lama. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan tiada negara atau komuniti yang bebas dari keganasan. Kenyataan ini menunjukkan keganasan wujud di mana-mana sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Laporan keganasan yang lazimnya melibatkan keganasan rumah tangga termasuk penderaan kanak-kanak dan warga emas menunjukkan isu ini tidak boleh dipandang ringan. Tetapi, perbincangan dalam konteks yang lebih luas adalah perlu untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang fakta keganasan yang lebih mendalam, memandangkan masyarakat Islam masih belum memahami aspek keganasan secara terperinci apatah lagi dari sudut pandangan ahli akademik Muslim. Kajian ini mengkaji pandangan ahli akademik Muslim yang terpilih untuk mengupas isu keganasan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggabungkan kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual. Alat kajian yang digunakan ialah protokol temu bual yang mengandungi lima tema kajian yang dicerakinkan dalam lima bentuk soalan. Kaedah temu bual yang dijalankan melibatkan lima orang ahli akademik Muslim yang dipilih secara bertujuan sebagai responden. Kajian mendapati antara faktor keganasan terjadi ialah kejahilan agama dan faktor dalaman seseorang. Kajian juga mendapati pandangan ahli akademik Muslim dalam lima tema kajian tentang keganasan adalah selari dengan WHO. Namun begitu, pendetilan oleh ahli akademik Muslim ternyata lebih menyeluruh kerana mengetengahkan pandangan dari perspektif ulama dan psikologi Islam dalam membincangkan isu-isu keganasan.

Downloads

Published

27-06-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mat Akhir, N. S. ., Nurul Hidayawatie Mustaffa, Norshabiha Ibrahim, & Salasiah Hanin Hamjah. (2022). Pandangan Ahli Akademik Muslim Terpilih di Malaysia Tentang Keganasan . Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(1), 75-92. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/7191

Most read articles by the same author(s)