Impak Game Terhadap Moral dan Sosial Pelajar : Kajian Kes Pelajar UTHM Pagoh

Authors

  • Arwansyah Kirin
  • Ahmad Sharifuddin Mustapha
  • Mohd Hisyam Abdul Rahim
  • Shakila Ahmad
  • Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar

Keywords:

Game, Moral, Sosial, UTHM Pagoh

Abstract

Ledakan teknologi moden telah memberi impak yang amat besar terhadap kehidupan kanak-kanak dan remaja masa kini. Jika 20 tahun lalu, alam kanak-kanak dan remaja dipenuhi dengan aktiviti bermain di luar rumah, berbasikal dan sebagainya, namun kanak-kanak pada abad ke 21 pula terdedah kepada penggunaan pelbagai peralatan teknologi seperti internet, komputer, telefon pintar yang mengandungi aplikasi-aplikasi permainan seperti Game (Game Online). Secara purata, para pelajar yang menghabiskan masa selama lapan jam sehari menggunakan peralatan teknologi eletronik untuk bermain game, menyebabkan tumbuh kembang, moral dan sosialnya dipengaruhi oleh sumber teknologi tersebut. Kajian ini mengupas bagaimana permainan game itu membawa kesan negatif dalam kehidupan pelajar UTHM yang merupakan aset penting kepada masa depan negara. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesan negatif permainan game terhadap moral dan perkembangan sosial mereka. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan analisis deskriptif. Jurnal ilmiah, laporan kajian serta tesis yang berkaitan merupakan sumber utama kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa permainan game yang tidak terkawal telah memberi kesan negatif kepada moral dan perkembangan sosial pelajar. Kajian ini juga mencadangkan beberapa garis panduan kepada ibu bapa untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani permainan game yang tidak terkawal dalam kalangan anak-anak mereka.

Downloads

Published

27-06-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Kirin, A., Ahmad Sharifuddin Mustapha, Mohd Hisyam Abdul Rahim, Shakila Ahmad, & Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar. (2022). Impak Game Terhadap Moral dan Sosial Pelajar : Kajian Kes Pelajar UTHM Pagoh. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(1), 25-33. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/7240

Most read articles by the same author(s)