Tahap Kepuasan Pelajar UTHM Pagoh Terhadap Makanan yang dijual di Kafeteria
-
Keywords:
Kepuasan Pelajar, Makanan, KafeteriaAbstract
Kajian ini bertujuan menilai tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidamatan makana di kafetaria UTHM Pagoh. Aspek perkhidmatan makanan kafetaria yang dikaji adalah dari segi kebersihan makanan dan harga serta kualiti makanan. Seramai 100 orang pelajar yang dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data diperolehi dengan mengedarkan satu set soal selidik melalui google form dan dianalisi secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan makanan di kafetaria daripada dua aspek di atas berada pada tahap sederhana rendah. Melalui dapatan kajian dan beberapa cadangan penambah baikan daripada penyelidik dapat membantu pihak pengusaha kafetaria untuk membuat penambah baikan dalam meningkatkan tahap kepuasa pelajar terhadap kafetaria.