Kesepaduan Unsur Arab dan Parsi Pada Masa Dinasti Abbasiyah

Authors

  • Muhammad Faiz UIN Kiai Haji Achmad Siddiq Jember
  • Ahmad Zainuri

Keywords:

Kesepaduan, Arab, Parsi, Islam

Abstract

Masyarakat muslim tidak hanya terdiri daripada unsur masyarakat Arab saja. Perjumpaan unsur Arab dengan bangsa Parsi dalam masyarakat Islam awal berlaku pada masa kepimpinan Umar bin Khattab tahun 634-644 M. Setelah Kerajaan Sassanid jatuh ke tangan Islam, Parsi menjadi unsur baru dalam kehidupan sosial, ekonomi, politik bahkan budaya di samping masyarakat Arab. Setelah kepimpinan Khulafa al-Rasyidun berakhir, Islam memulai peradaban baru dalam perjalanan kepimpinan Umayyah (661-750 M) di Syria dan berlanjut hingga berdirinya Abbasiyah (750-1258 M) di Baghdad. Adapun metod dalam kajian ini menggunakan library research dengan menggunakan pendekatan sejarah. Dapatan kajian ini adalah bahawa perjumpaan antara unsur Arab dan Parsi dalam masyarakat Islam terjadi begitu masif pada masa Dinasti Abbasiyah. Parsi sebagai unsur baru cukup menyokong perkembangan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Antara unsur masyarakat Arab dan Parsi terdapat kesepaduan (integrasi) dan hubungan interaksi yang kuat seperti adanya beberapa jawatan dalam kerajaan (seperti wazir) dan dalam hubungan budaya (majlis perkahwinan). Sedangkan dalam kehidupan sosial dan ekonomi terbukanya ladang pertanian dan perniagaan yang turut menjadi faktor penguat wilayah-wilayah Islam pada masa kekuasaan Abbasiyah.

Downloads

Published

27-06-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Faiz, & Ahmad Zainuri. (2022). Kesepaduan Unsur Arab dan Parsi Pada Masa Dinasti Abbasiyah. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(1), 93-103. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/7183