WANITA DAN KEPELBAGAIAN
Synopsis
Wanita dan Kepelbagaian merupakan buku kumpulan esei pilihan yang memfokuskan tentang genda wanita dengan kepelbagaian persoalan. Tema dan persoalan yang diketengahkan memaparkan pelbagai aspek kehidupan wanita. Dalam buku ini terkandung 10 esei terpilih yang meliputi persoalan peribadi wanita muslimah, imej alam dan wanita, bahasa wanita dan pembentukan identiti, wanita dan pembuatan terendak, hak wanita atas harta sepencarian, peranan wanita dari sudut sosial, wanita dan pemakanan serta wanita dan pembelajaran. Justeru, buku ini diusahakan demi untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang peranan, sumbangan dan kepentingan kaum wanita dalam masyarakat. Maka buku ini dibaca oleh semua lapisan masyarakat dengan tujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan kaum wanita..