WANITA DAN MASYARAKAT

Authors

Azlizan Mat Enh
Rohani Abdul Ghani

Synopsis

Buku ini membicarakan peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat sejak zaman dahulu hingga sekarang. Ia mempunyai sembilan bab yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah IPTA mengikut kepakaran masing-masing dalam mengupas kedudukan wanita dari pelbagai sudut pandangan sains sosial. Esei-esei dalam buku ini antaranya membincangkan tahap penjagaan kesihatan dan pendidikan wanita pada zaman British, ketokohan bekas wanita pertama Indonesia iaitu Ratna Sari Dewi dalam membantu perjuangan suaminya Sukarno, serta mengenengahkan kehebatan srikandi Vietnam iaitu Trung adik beradik dalam mempertahankan kedaulatan tanah air mereka. Selain itu, ia turut membincangkan hak wanita dalam masyarakat melalui pembahagian harta pusaka dari perspektif Islam dan tidak meminggirkan wanita dari arus pemodenan di mana salah satu bab menyentuh mengenai pencapaian ICT wanita luar bandar dan cabarannya. Wanita dan Masyarakat cuba memperkayakan dan mendedahkan pemahaman masyarakat terhadap peranan, sumbangan dan kepentingan wanita dalam menjana kemakmuran negara dari sudut ekonomi, sosial dan politik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

1 January 2012

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-983-5457-94-4

Date of first publication (11)

01-01-2012
Hijri Calendar

How to Cite