TUN DR. ISMAIL: MERINTIS KEPIMPINAN BERINTEGRITI

Authors

Khairul Azman Suhaimy
Hussain Othman
Mustaffa Ibrahim

Synopsis

Penulisan buku ini adalah satu usaha kecil untuk menghargai jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman dalam sejarah tanah air kita. Penulisan buku ini menggunakan pendekatan secara tema, gambar termasuk petikan akhbar yang mudah dan santai dalam menelusuri sumbangan tokoh ini. Ia menggunakan pendekatan ini kerana kekangan bahan dan masa berkaitan dengan tokoh ini. Usaha-usaha sebegini adalah permulaan ke arah mengenali dengan lebih dekat perwatakan beliau. Oleh itu penghasilan buku yang bertajuk “Tun Dr. Ismail: Merintis Kepemimpinan Berintegriti” akan menjelaskan nilai-nilai kepemimpinan negarawan ini untuk diteladani. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, dikenali dengan nama ringkasnya TDI - Telus, Dinamik dan Integriti. Ini adalah nilai-nilai teras yang selari dengan matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melahir dan membentuk pemimpin masa depan. Nilai-nilai ini merupakan amalan dan pegangan negarawan yang menjadi fokus dalam penulisan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 January 2012

Details about the available publication format: PDF

PDF

Co-publisher's ISBN-13 (24)

978-983-0468-23-5

Date of first publication (11)

01-01-2012
Hijri Calendar

Physical Dimensions

How to Cite

Khairul Azman Suhaimy, Hussain Othman, & Mustaffa Ibrahim. (2012). TUN DR. ISMAIL: MERINTIS KEPIMPINAN BERINTEGRITI. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/82