UNDANG-UNDANG BANGUNAN UNTUK PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Synopsis
Buku ini mendedahkan gambaran proses keseluruhan pembangunan perumahan serta undang-undang termaktub yang perlu dipatuhi untuk menjayakannya. Ianya mengambil pendekatan memberi pemahaman kepada pembaca akan undang-undang sedia ada yang berkaitan terlebih dahulu. Ini merangkumi beberapa akta-akta, undang-undang kecil dan garis panduan yang dihuraikan satu persatu. Penerangan perihal undang-undang ini diterjemahkan terus kepada perkara-perkara teknikal di tapak yang turut disertakan contoh-contohnya untuk mudah difahami. Ini meliputi pembangunan perumahan bertingkat yang lebih rumit keperluan pematuhan undang-undangnya dan membincangkan proses kelulusan cadangan pembangunan yang perlu dipatuhi. Ini diikuti dengan proses menyiapkan pembinaan dan melayakkan bangunan itu dibeli untuk seterusnya diduduki oleh pembelinya.