SUMBANGAN KOMUNITI PENGUTIP SAMPAH DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA
Synopsis
Tertimbulnya buku ini ditulis dan diterbit adalah hasil daripada penyelidikan serta pemerhatian penulis sekian lama dalam bidang pengurusan sisa pepejal. Golongan pengutip sampah sepatutnya diberikan penghargaan yang tinggi oleh masyarakat kerana golongan inilah yang mengutip sampah dan mengasing sampah mengikut jenis sampah yang kita buang di tepi jalan, tong sampah dan di tapak pelupusan. Malangnya masyarakat kita memandang rendah terhadap mereka atas sifat pekerjaan mereka. Buku ini mengupas sifat pengutip sampah, pengutip sampah di luar negara, latar belakang responden pengutip sampah di negeri Johor, isu sosial, isu ekonomi, isu kesihatan, pengetahuan mereka terhadap persekitaran kerja serta cadangan terhadap pengurusan pengutip sampah. Dengan harapan buku ini dapat membantu penyelidik dan pembuat dasar terutamanya dalam bidang pengurusan sisa pepejal berkaitan dengan aspek sosioekonomi pengutip sampah.