PENAT TAK SALAH BILA REHAT BUKAN LAGI PILIHAN

Authors

Khairunesa Isa
Nur Hannani Kamarudin

Keywords:

Hidup, rehat, reflektif, bahasa, mitos

Synopsis

Buku ini ditulis untuk kamu yang penat, bukan malas tapi sebab kita adalah manusia. Hidup kadang terasa seperti kitaran yang tiada henti. Kerja, pulang, makan, letih, tidur… dan esok sambung lagi. Dalam diam, keletihan terkumpul, bukan sahaja di tubuh, tetapi juga di jiwa. Namun di sebalik semua keletihan ini, ada satu panggilan halus yang sering kita abaikan iaitu panggilan untuk berhenti sekejap, dan benar-benar berehat.
Buku ini mengajak anda menelusuri semula makna penat dan rehat. Bukan
sebagai lawan, tetapi sebagai pasangan yang saling melengkapkan. Ia membongkar mitos bahawa rehat itu malas, dan menunjukkan bahawa rehat adalah ruang pulih yang penting untuk terus hidup dengan waras, sedar, dan seimbang.
Disusun dengan pendekatan reflektif, ilmiah dan santai, buku ini bukan
sekadar bacaan, tetapi teman perjalanan. Di antara renungan sunyi, sesi
bersama doktor, dan aktiviti reflektif, anda diajak untuk mendengar semula
bahasa tubuh dan suara hati agar suatu hari nanti, anda boleh berkata “Saya penat, dan saya berhak untuk berehat tanpa rasa bersalah.”

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 March 2026

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-629-490-279-4

Physical Dimensions

How to Cite

Khairunesa Isa, & Nur Hannani Kamarudin. (2026). PENAT TAK SALAH BILA REHAT BUKAN LAGI PILIHAN. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/592