Isu-Isu Fiqh Revolusi Industri Keempat
Keywords:
Revolusi industri, teknologi tinggi, perspektif syariah, hukum IslamSynopsis
Perkembangan dan kemajuan teknologi telah mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia secara bertahap. Bermula dari Revolusi Industri, penciptaan mesin berkuasa wap dan mesin mekanikal telah merupakan tunggak pertumbuhan industri. Dalam era Revolusi Industri Kedua, penemuan tenaga elektrik telah menggantikan penggunaan mesin dan jentera wap.
Perkembangan ini terus memacu perkembangan industri. Seterusnya, Revolusi Indutsri Ketiga atau Revolusi Digital melalui rekaan komputer peribadi, internet, teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara kerja manusia ke tahap yang lebih maju. Ia diikuti dengan Revolusi Industri Keempat yang melibatkan teknologi tinggi yang lebih terkehadapan. Sembilan tonggak Revolusi Industri Keempat merangkumi simulasi dan realiti maya, keselamatan siber, integrasi sistem menegak dan melintang, pengkomputeran awam, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya, Internet of Things (IoT), dan robot automasi. Ini kerana ia melibatkan penemuan teknologi yang baru muncul dalam beberapa bidang termasuk, nanoteknologi, robotik, pengkomputeran kuantum, bioteknologi, Internet of Things (IoT), kepintaran buatan, pencetak 3D dan autonomi. Pada dasarnya Revolusi Industri Keempat terletak kepada kemajuan dalam komunikasi dan sambungan daripada teknologi. Teknologi ini berpotensi besar untuk terus menyambungkan berbilion orang ke laman sesawang, meningkatkan kecekapan perniagaan dan organisasi secara drastik dan membantu menumbuhkan semula persekitaran semula jadi melalui pengurusan aset yang lebih sistematik, efektif dan berkesan. Penemuanpenemuan baru dalam Revolusi Industri Keempat ini telah memberi kesan kepada cara hidup manusia moden dan menimbulkan banyak persoalan kompleks yang memerlukan jawapan daripada perspektif Syariah. Buku ini diharap dapat memberi gambaran kepada pembaca bagaimana hukum Islam ditetapkan terhadap isu-isu baru yang muncul dalam kehidupan. Ini meliputi sumber hukum serta kaedah dan pertimbangan yang perlu digunakan. Hakikatnya Syariat Islam tidak menghalang kemajuan dan perkembangan teknologi semasa. Namun, pematuhan terhadap ruh dan prinsip asas syariat tetap merupakan satu kewajipan yang mesti dipenuhi. Dalam buku ini, prinsip-prinsip tersebut dijelaskan agar pembaca lebih prihatin mengenainya dan mempunyai kefahaman asas dalam menghadapi persoalan-persoalan hukum baru. Perbincangan ini juga diharap dapat membuka minda pembaca dengan ilmu yang sentiasa berkembang bagi membantu pelaksanaan Syariah di masa hadapan.
Downloads
References
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Norazmi Anas, Wan Rohani Wan Taib & Mohd. Hudzari Razali. (2017). Isu-isu genetik manusia dari perspektif sains dan Islam. Global Journal al-Thaqafah, 7(2), 163-174.
Muhamad Sayuti Mansor, Muhammad Safwan Harun & Ikhlas Rosele. (2016). Pelaksanaan Advance Medical Directive (AMD): Tinjauan dari perspektif maslahah. Esteem Academic Journal 12 (2), 84-94.
MyMetro. (2017, April 4). Gagal bercinta, kahwin dengan robot. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/node/218795.
Noor Munirah Isa. (2020, November 17-18 ). Teknologi gene drive daripada perspektif Islam: Satu perbincangan awal [Kertas Kerja Seminar]. Seminar Hukum Islam Semasa X (SHIS X) Peringkat Antarabangsa, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Petrillo, A., Felice, F. D., Cioffi, R. & Zomparelli, F. (2018). Fourth Industrial Revolution: Current practices, challenges, and opportunities. In Antonella Petrillo, Raffaele Cioffi and Fabio De Felice (Eds). Digital Transformation in Smart Manufacturing. DOI: 10.5772/intechopen.72304.
