Gagasan Sastera Hasanah Pemikiran, Teknik & Prinsip Surah Yusuf sebagai Model Penulisan Dakwah Kreatif Melayu Islami
Keywords:
Sastera hasanah, kesusasteraan Islam, teknik penulisan, teori sastera, kritikan sasteraSynopsis
Buku ini secara umumnya memperihalkan Gagasan Saster Hasanah hasil janaan Ainon Mohd sebagai satu alternatif pemikiran, model, teknik, rumusan mahupun boleh dianggap teori atau pendekatan berkaitan sastera Islam. Gagasan ini sepenuhnya mengadaptasi Surah Yusuf yang merupakan surak ke-12 daripada al-Quran dengan menampilkan teknik dan rumus sebagai panduan penulisan berkaitan karya kreatif dan kesusasteraan seperti novel ataupun cerpen.
Umum mengetahui kebanjiran konsep, fahaman dan teori kesusateraan yang berpaksikan Barat sejak dahulu lagi, sedikit sebanyak memperlihatkan penguasaan idealisme tersebut dalam kerangka penulisan serta pengkaryaan dan yang paling membahayakan ia melangkaui kerja-kerja kritikan kesusasteraan. Hasilnya, kebanyakan parameter dan kayu ukur kritikan sastera banyak diambil daripada pandangan Barat secara sedar ataupun tidak sedar sehinggalah ia menjadi acuan yang dominan seterusnya menjadi rancu dalam dunia kesusateraan Islam secara tidak sedar. Di peringkat kesusasteraan atau kritikan sastera Islami, sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan dan mempengaruhi sistem penilaian dan kritikan Islam sehingga menyebabkan hasil hasil kritikan kesusateraan tidak bersifat asli Islam dan tidak didasarkan pada kerangka Islam yang sebenar.
Kehadiran Gagasan Sastera Hasanah boleh dikatakan masih baharu di negara ini, kurang diperkatakan dan dilakukan ujian mendalam mengenainya. Ia baru bermula sementelah penghasilan sebuah karya yang dicetuskan oleh Ainon Mohd iaitu Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf pada 2011. Namun, masukan yang ada dan penghasilannya boleh dianggap memberi nafas baru kepada sistem penteorian sastera Islam di Malaysia setakat ini.
Downloads
References
Ab. Aziz Md. Zin (1997), Al-Quran dan Mesej Kesejahteraan Sejagat, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
About.com Guide, Dicapai pada http://history1900s.about. com/
Abdul Hadi W.M. (2004), “Seni Islam dan Akar-Akar Estetikanya”, dalam Oliver Leaman (2004), Estetika Islam: Menafsirkan Seni dan Keindahan (Islamic Aesthetics), Irfan Abu bakar (terj.), Bandung: PT Mizan Pustaka.
Adian Husaini (2005), Wajah Peradaban Barat Dari Hagemoni Kristen Ke Dominasi Sekular Liberal, Jakarta: Gema Insani.
Adli Yaacob (2006), “Sastera Islam dan al-Quran: Analisa Terhadap Perkembangan Konsep dan Teori Sastera Islam Moden Oleh Beberapa Sasterawan Melayu di Malaysia”, dalam Andy Hadiyanti et al. (ed.) (2006), Al-Quran: Bahasa dan Penafsirannya, Depok: Ulinnuha Press, h. 264-265.
