Asas Pembelajaran dan Pengajaran Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi (Modul Tenaga Pengajar TVET)
Keywords:
TVET, tenaga pengajar, kurikulum, industri, reka bentukSynopsis
Modul latihan ini dibangunkan khusus untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran tenaga pengajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Modul ini memfokuskan kepada tiga komponen utama iaitu reka bentuk kurikulum TVET, kaedah penyampaian dan pengajaran TVET serta pentaksiran dalam TVET. Ketiga-tiga aspek ini merupakan elemen penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan TVET yang mampu melahirkan tenaga kerja kompeten dan memenuhi keperluan industri semasa.
Modul ini menghuraikan landskap pembangunan kurikulum TVET yang merangkumi analisis keperluan industri, kurikulum berasaskan kompetensi, analisis fungsi kompetensi serta pengintegrasian keperluan industri dalam program TVET. Selain itu, modul ini turut memperkenalkan pelbagai pendekatan pengajaran yang menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman dan kompetensi seperti pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan kerja, pembelajaran tindakan, pembelajaran koperatif serta penggunaan teknologi dalam pengajaran. Pendekatan ini bertujuan membantu tenaga pengajar merancang dan melaksanakan sesi pengajaran teori dan praktikal secara lebih interaktif dan berkesan.
Dalam aspek pentaksiran, modul ini memberi pendedahan kepada konsep dan pelaksanaan pentaksiran dalam TVET termasuk pembangunan perancangan pentaksiran, pembinaan item soalan objektif dan subjektif serta pelaksanaan pentaksiran prestasi berasaskan kompetensi bagi menilai pencapaian pelajar secara holistik dan autentik. Secara keseluruhannya, modul latihan ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada tenaga pengajar TVET dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, seterusnya menyokong pembangunan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing dalam memenuhi keperluan dunia pekerjaan.
Downloads
References
Akta Agensi Kelayakan Malaysia. (2007), Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).
Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (2006), Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
Kementerian Sumber Manusia (2008), Malaysia standard classification of occupations (MASCO), Putrajaya, Malaysia: Kementerian Sumber Manusia.
Critical Skills Monitoring Committee (2016), Critical occupations list report.
Gervais, J. (2016), The Operational Definition of Competency-Based Education, The Journal of Competency-Based Education, 1(2), 98-106.
Department of Higher Education, Ministry of Higher Eductaion. (2021).
Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape (EXCEL) : Resilient and Change-Ready Talent Perpustakaan Negara
Malaysian Qualifications Agency (2024), Guideline for Industrial Verification of Curriculum, GIVC. Malaysian Qualifications Agency
Hazel, E., & Braillie, C. (1998), Gold guide no. 4: Improving teaching and learning in laboratories. HERSDA.
James, M. E. (2013), Lawrence Stenhouse’s process model of curriculum research and development revisited, In Educational assessment and evaluation Routledge.
Jarvis, J., Bovill, C., & Mpamhanga, K. (2023). Co-creating learning and teaching: Towards relational pedagogy in higher education. Routledge. https://doi.org/10.4324/9781041054597
