Kesejahteraan Komuniti Madani: Isu dan Cabaran
Keywords:
Madani, ekonomi, pembangunan, komunitiSynopsis
Berlatarkan konteks pembangunan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya, buku Kesejahteraan Komuniti Madani: Isu dan Cabaran merupakan sebuah karya suntingan yang mengetengahkan pelbagai dimensi kesejahteraan komuniti dari perspektif madani yang inklusif, progresif dan berteraskan nilai kemanusiaan. Dengan pendekatan holistik yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), buku ini menghimpunkan sebelas bab yang meneliti isu-isu semasa seperti kesejahteraan psikologi ibu tunggal, keselamatan penginapan pekerja, pembangunan sukan komuniti, pertanian lestari, keusahawanan Bumiputera, impak media sosial, pengurusan fasiliti pendidikan, undang-undang strata dan fenomena hakisan pantai. Kesemua bab ini membina naratif bersepadu tentang keperluan memperkasa komuniti secara berstruktur dan responsif terhadap cabaran lokal dan global. Disokong oleh dapatan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) yang menunjukkan peningkatan sederhana daripada 120.4 mata (2022) kepada 121.3 mata (2023), namun masih berdepan ketidakseimbangan kesejahteraan antara negeri dan sektor, penulisan ini turut didasari oleh realiti kependudukan Malaysia yang mencecah 33.2 juta orang pada tahun 2023, dengan lebih 77% tinggal di kawasan bandar. Perubahan demografi ini menuntut strategi pembangunan komuniti yang lebih lestari, inklusif dan berteraskan nilai madani. Maka, buku ini tampil sebagai wacana penting untuk menilai semula kerangka pembangunan negara, merapatkan jurang antara dasar dan pelaksanaan serta memperkukuh aspirasi Malaysia Madani ke arah pembinaan komuniti yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan mampan.
Downloads
References
Abdul Rahman, A. F., Taat, M. S., Nordin, H., & Lada, S. 2021. Hubungan Perkhidmatan Sukan dengan Kepuasan Atlet Universiti Awam Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), 138–146.
Abdullah, N. (2019). Koko tanaman komoditi berpotensi besar. 18 September 2019. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/lainlain/2019/07/586626/kokotanamankomoditi-berpotensi-besar. (Diakses pada 19 Januari 2021).
Abu Samah, A.S. (2021). Pendayaupayaan melalui pembangunan komuniti: Satu Refl eksi. Syarahan Inagural. 12 November 2021. Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. ISBN 978-967-2989-64-4.
Aftab, J., Veneziani, M., Sarwar, H., & Ishaq, M. I. (2022). Entrepreneurial orientation, entrepreneurial competencies, innovation, and performances in SMEs of Pakistan: Moderating role of social ties. Business Ethics, the Environment & Responsibility, 31(2), 419-437.
Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat. 2016. Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di institut. Jurnal Penyelidikan IPGK. 13:1-14.
Ahmad, H., Abdul Maulud, K.N., A. Karim, O. & Mohd, F.A. 2021. Assessment of erosion and hazard in the coastal areas of Selangor. Malaysian Journal of Society and Space 17(1) https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/39459.
Ahmed, N., Howlader, N., Hoque, M.A.A. & Pradhan, B. 2021. Coastal erosion vulnerability assessment along the eastern coast of Bangladesh using geospatial techniques. Ocean and Coastal Management 199
