MANAHIJ AL-FUQAHA
Keywords:
Metodologi hukum, manhaj istinbat, khilaf fiqh, empat mazhab, teori hukumSynopsis
Buku ini merupakan suntingan daripada tujuh artikel terpilih yang berkisar tentang
metodologi hukum Islam. Rentetan perkembangan semasa, perlunya sebuah perbincangan bersifat akademik untuk menjelaskan tentang manhaj istinbat hukum Islam bagi menangani realiti semasa. Oleh kerana itu, buku ini bakal menjelaskan kepada sidang pembaca tentang metodologi yang ada dalam proses pengeluaran hukum menurut beberapa sarjana terpilih yang terdiri daripada imam empat (4) mazhab dan beberapa ulama lain. Perbincangan berbentuk akademik tentang manahij al-fuqaha’ merupakan asas penting untuk difahami dan dihadam untuk menghayati perbezaan fiqh dengan baik. Ini bermaksud, manahij al-fuqaha’ perlu dijelaskan kepada masyarakat secara lebih akademi kerana kegagalan memahami punca khilaf dalam proses pengeluaran hukum mencetuskan tanggapan negatif terhadap kepelbagaian pendapat. Justeru, buku ini bukan sekadar mendedahkan tentang teori hukum dari perspektif ulama terpilih, malah dipercayai dapat membantu sidang pembaca menghayati dengan lebih baik pandangan-pandangan fiqh dari kalangan imam-imam.
Downloads
