ASAS PEMBELAJARAN & PENGAJARAN PENSYARAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (MODUL TENAGA PENGAJAR TVET)
Keywords:
TVET, kompetensi, kurikulum, pentaksiran, pembelajaranSynopsis
Modul latihan ini disusun khusus bagi tenaga pengajar TVET untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam tiga tajuk utama iaitu Reka Bentuk Kurikulum TVET, Kaedah Penyampaian dan Pengajaran TVET serta Pentaksiran dalam TVET. Ketiga-tiga tajuk ini memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pendidikan TVET dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan memenuhi keperluan industri. Modul ini menghuraikan secara terperinci landskap kurikulum TVET yang meliputi aspek pembangunan kurikulum TVET, analisis keperluan industri, kurikulum berasaskan kompetensi, analisis fungsi kompetensi dan pengintegrasian keperluan industri dalam program TVET. Pemahaman mendalam tentang reka bentuk kurikulum ini amat penting bagi tenaga pengajar TVET dalam memastikan penyampaian topik pengajaran yang sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran kerja. Selain itu, modul ini juga mendedahkan tenaga pengajar kepada kaedah penyampaian program TVET yang menekankan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan kompetensi. Antara strategi yang diperkenalkan termasuk pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan kerja, pembelajaran tindakan, pembelajaran koperatif dan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Kaedah-kaedah ini bertujuan membantu tenaga pengajar merancang dan melaksanakan sesi pengajaran teori dan praktikal yang lebih interaktif dan berkesan. Penerapan kaedah ini akan membantu tenaga pengajar dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran yang lebih interaktif dan berkesan. Dalam aspek pentaksiran, modul ini memberikan pengalaman kepada tenaga pengajar TVET untuk memahami konsep pentaksiran TVET, membangunkan perancangan pentaksiran yang sesuai dengan pendidikan TVET serta membangunkan item soalan objektif dan subjektif bagi pentaksiran berasaskan kompetensi. Selain itu, ia juga menekankan pembangunan pentaksiran prestasi berasaskan kompetensi bagi menilai pencapaian pelajar secara holistik dan autentik. Diharapkan modul latihan ini dapat menjadi panduan berguna kepada tenaga pengajar TVET dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti serta berdaya saing dalam dunia pekerjaan. Semoga modul ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan memberi impak yang positif dalam bidang TVET.
Downloads
References
Akta Agensi Kelayakan Malaysia. (2007), Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).
Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (2006), Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
Critical Skills Monitoring Committee (2016), Critical occupations list report.
Kementerian Sumber Manusia (2008), Malaysia standard classification of occupations (MASCO), Putrajaya, Malaysia: Kementerian Sumber Manusia.
Gervais, J. (2016), The Operational Definition of Competency-BasedEducation, The Journal of Competency-Based Education, 1(2), 98-106.
Department of Higher Education, Ministry of Higher Eductaion. (2021).
Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape(EXCEL) : Resilient and Change-Ready Talent Perpustakaan NegaraMalaysian Qualifications Agency (2024), Guideline for Industrial Verification ofCurriculum, GIVC. Malaysian Qualifications Agency
Hazel, E., & Braillie, C. (1998), Gold guide no. 4: Improving teaching andlearning in laboratories. HERSDA.
James, M. E. (2013), Lawrence Stenhouse’s process model of curriculum research and development revisited, In Educational assessment and evaluation Routledge.
Jarvis, J., Bovill, C., & Mpamhanga, K. (2023). Co-creating learning and teaching: Towards relational pedagogy in higher education. Routledge.https://doi.org/10.4324/9781041054597
