Terjemahan Fiqh Zakat Dr. Yusuf Al-Qaradawi Jilid 2

Authors

Patmawati Ibrahim; Ahmad Husni Abd Rahman; Muhammad Furqan Abdullah; Nur Zainatul Nadra Zainol; Ahmad Zaki Mohamad Malom

Keywords:

Zakat, Maktabah Wahbah, prolifik, wasatiyyah, taysir

Synopsis

Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi merupakan sosok yang tidak asing dalam dunia fiqh khususnya fatwa, pemikiran dan dakwah Islam. Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah perkampungan Saft Turab di Mesir. Mendapat pendidikan rasmi di Universiti al-Azhar dengan ijazah pertama dalam bidang Usuluddin. Kemudian, pada tahun 1973, beliau memperoleh ijazah kedoktoran dengan kelas pertama melalui tesisnya yang bertajuk “Zakat dan Kesannya dalam Menyelesaikan Permasalahan Masyarakat.” Ia kemudiannya dikembangkan kepada kitab Fiqh al-Zakat yang dianggap sebagai adikarya beliau yang diterjemahkan buat julung kalinya ke dalam bahasa Melayu. Naskhah asal yang dirujuk adalah daripada cetakan Maktabah Wahbah yang beroperasi di Mesir, edisi ke-25 iaitu edisi terkini yang telah dikemaskini terutamanya aspek takhrij hadis dan beberapa pandangan beliau umpamanya berkaitan zakat saham serta rujuk silang daripada beberapa terbitan naskhah Arab, terjemahan bahasa Indonesia dan Inggeris.

Penglibatan beliau mencakupi dunia akademik, pentadbiran, politik dan kemasyarakatan menjadikan beliau ulama kontemporari prolifik. Beliau merupakan pelopor kepada madrasah pemikiran Wasatiyyah yang mempunyai ramai pengikut dan anak murid di seluruh negara. Beliau juga amat menitik beratkan kesatuan dalam kalangan para ulama dari pelbagai aliran yang menekankan tentang keperluan untuk bersatu dan bersepakat pada perkara yang dipersetujui terutama pada perkara prinsip serta berlapang dada atas perkara yang diselisihkan pada perkara yang bersifat cabang. Bagi memenuhi hasrat ini, beliau telah mengambil inisiatif menubuhkan Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa pada 2006 yang dianggotai oleh ulama dan pemikir dari pelbagai negara dan juga aliran. Penglibatan beliau terutama sekali untuk menyebar luaskan kefahaman Islam yang betul amat luas dalam pelbagai aspek dan lapangan selain bidang penulisan ilmiah, iaitu bidang dakwah dan kepimpinan, bidang kefatwaan, bidang ekonomi dan perbankan Islam, juga keanggotaan dalam pelbagai persatuan. Beliau dianggap sebagai faqih dalam kalangan para pendakwah dan juga pendakwah dalam kalangan ahli fiqh yang membawa prinsip kemudahan (taysir) dalam aspek fiqh dan memberi khabar gembira (tabsyir) dalam aspek dakwah.

Downloads

Download data is not yet available.
KULIT BUKU Fiqh Zakat Jilid 2

Downloads

Published

17 January 2024

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-490-001-1

Physical Dimensions

How to Cite

Patmawati Ibrahim, Ahmad Husni Abd Rahman, Muhammad Furqan Abdullah, Nur Zainatul Nadra Zainol, & Ahmad Zaki Mohamad Malom. (2024). Terjemahan Fiqh Zakat Dr. Yusuf Al-Qaradawi Jilid 2. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/512