Panduan Penerapan Elemen Paradigma Tauhid dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords:
Sains, teknologi, paradigma, tauhidSynopsis
Kemenjadian pelajar secara holistik menjadi suatu hasrat murni yang ingin direalisasikan oleh setiap institusi pendidikan dan warga pendidik itu sendiri tanpa mengira bidang dan pengkhususan. Sebagai sebuah universiti yang memfokuskan kepada sains dan teknologi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengambil suatu pendekatan yang dilihat sebagai unik iaitu dengan meletakkan frasa Paradigma Tauhid dalam misi dan falsafah universiti. Menterjemahkan perkataan Paradigma Tauhid dalam aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi suatu agenda yang penting kerana ianya merupakan nadi utama yang mendukung ekosistem sesebuah universiti. Mekanisme yang digunapakai perlulah menggabungkan elemen-elemen penting merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dokumen Panduan Penerapan Elemen Paradigma Tauhid dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan pengintegrasian ilmu yang diwarisi dari para ilmuan Islam terdahulu bagi membantu universiti ke arah merealisasikan misi dan falsafah universiti.
Downloads
