Transformasi Minda Warga FELDA Anda Berhak Hebat
Keywords:
NLP, kerjaya, motivasi, komuniti, tokohSynopsis
Buku ini merupakan hasil karya inspirasi daripada pasukan jurulatih Neuro Linguistic Programming (NLP) terbaik di Malaysia yang bersama-sama memacu perubahan minda dan semangat warga FELDA. Melalui program transformasi yang bermula sejak tahun 2020 hingga 2024, karya ini membawakan kisah revolusi yang mengubah cara berfikir, bertindak, dan
mencapai kejayaan sehingga ke tahap Fortune 500 tahun 2040. Di dalamnya, anda akan menemui pelbagai kisah inspirasi, strategi berkesan, dan teknik NLP yang telah berjaya diaplikasikan untuk meningkatkan daya saing komuniti FELDA. Buku ini bukan sahaja koleksi motivasi malah ia merupakan panduan praktikal bagaimana menerapkan semangat daya tahan, keberanian, dan kesungguhan warga FELDA untuk melangkah
lebih jauh.
Dari asas potensi diri hingga ke pencapaian luar biasa seperti 30 tan hasil dan program WAKAF, setiap bab menyentuh pelbagai aspek kehidupan, kerjaya, dan pembangunan diri. Ditulis oleh pelbagai tokoh dan jurulatih NLP berpengalaman, buku ini menjadi sumber rujukan yang wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja yang ingin mengubah hidup mereka menjadi lebih hebat. Ayuh, mari bina masa depan yang lebih cerah dan kehidupan yang lebih bermakna bersama semangat juang warga FELDA.
Anda juga berhak hebat!
Chapters
-
Transformasi Minda Warga FELDA Anda Berhak Hebat
Downloads
