BIODAIE

Authors

Zolkofli Awang
Norma Ismail
Halimi Mohd. Khalid

Keywords:

Abiosis, Homeostasis, Lisosom, Organel, Syubhah

Synopsis

Buku ini memaparkan tentang kesepaduan antara ilmu sains Biologi dengan ilmu tauhidik. Ini merupakan satu usaha untuk menyemai pemahaman dan menghayati perkaitan diantara ilmu Biologi dengan ilmu tauhidik. 
Paling istimewa bagi buku ini ialah sebahagian besar isi kandungannya mengikut silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek sains Biologi. Oleh itu buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar di semua peringkat khususnya yang berkaitan dengan sains Biologi. Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan, terutamanya kepada pendidik bagi melaksanakan konsep penerapan nilai akidah merentas kurikulum dan juga kepada asatizah yang mengajar agama untuk memahami fakta sains Biologi. 
Secara umumnya buku ini sesuai untuk semua pembaca kerana dimuatkan juga dengan pengetahuan am tentang maqasid syariah dan isu fiqh (fekah) semasa. Juga diletakkan sudut 'Tadabbur, Ibrah dan Tazkirah' supaya pembaca dapat menghayati dan memanfaatkan praktis ilmu Biologi dalam kehidupan seharian. 
Buku ini memberi landasan kepada suatu perubahan paradigma, dari amalan biasa mempraktikkan sains konvensional kepada amalan penghayatan sains tauhidik, lebih-lebih lagi dari sudut pengajaran dan pembelajaran. Perubahan ini akan meletakkan falsafah sains moden ke landasan yang betul, mengangkat ilmu sains ke martabat ilmu yang lebih tinggi yang membawa keberkatan di dunia dan akhirat. 
Kepada para guru khususnya, perlu mengambil inisiatif ini sebagai satu amanah, kerana guru sebenarnya adalah seorang da'i yang berhadapan secara langsung dengan pelajarnya. Diharapkan usaha ini akan dapat membantu melahirkan guru-guru murobbi dan para pelajar yang berfikiran lebih inovatif dan futuristik, iaitu menjurus kepada kecemerlangan hidup di dunia dan juga di akhirat. 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah bin Muhammad. 2012. Tafsir Ibn Katsir. Pustaka imam Asy-Syafei.

Ahmad Lutfi Fathullah. Indeks Tematikal Al Quran. Pusat Kajian Hadis Al-Mughni Islamic Center Jakarta. http://alquranalhadi.com/index.php/kajian/tema/6/allah-adalah-tuhan-seru sekalian-alam

Ahmad Yunus Mohd Noor, Asmilyia Mohd Mokhtar. (2021). Sains Tauhidik: Kolaborasi Ilmu antara Al-Qur’an dan Sains Moden (Science Tawhidic: Collaboration of Knowledge Between Qur’an and Modern Science). https://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/43950/0 Sains Tauhidik: Kolaborasi Ilmu antara Al-Qur’an dan Sains Moden Akademika (ukm.my)

Al Quran Al Karim. 2019. Al Quran Al Karim Wakaf dan Ibtida’. Karya Bistari Sdn Bhd.

Ali Munis. (1995). Pengubatan Cara Rasulullah SAW. Era Ilmu Sdn Bhd.

CelikTafsir. (2022). Tafsir Quran Celik Tafsir . https://celiktafsir.net.

Danial bin Zainal Abidin. (1988). Konsep Perubatan Islam. Pustaka Nahnu.

Danial bin Zainal Abidin. (2010) . Quran Saintifik. Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. PTS Millennia Sdn Bhd.

Gan Wan Yeat, Nor Azlina binti Abd. Aziz, Yusmin binti Mohd. Yusuf, Noor Haniyatie binti Ibrahim. (2019). Buku Teks Biologi Tingkatan 4 KSSM. Must Read Sdn. Bhd. https://anyflip.com/atpep/prke/

Greentech Apps Foundation. (2022). Al Quran, Tafsir & By Word v 1.14.0. Apps Al Quran Terjemahan. https://gtaf.org/apps/quran /?utm_source=quran-android&utm_medium=menu-drawer-app-logo

H Maisarah. (2012). Pemikiran tentang Sains Islam oleh Pemikir Islam Kontemporari. http://studentsrepo.um.edu.my/3898/5/Bab_4_Pemikiran_Tentang_Sains_Islam.pdf . [Pemikir Islam Kontemporari Terpilih: Seyyed Hossein Nasr, Ismail al-Faruqi, Ziauddin Sardar dan Syed Muhammad Naquib al-Attas].

Hadis Nabi. 2022. Hadis Nabi SAW. https://hadis.my/carian/ . [Rujukan umum]

Downloads

Published

1 December 2023

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7566-69-6

Physical Dimensions

How to Cite