Tatacara Pengurusan Salah Laku Pekerja dari Perspektif Undang-undang Perburuhan Malaysia

Authors

Fadillah Ismail
Rabeatul Husna Abdull Rahman
Siti Suraya Abd Razak
Aniza Abd Rahim

Keywords:

Salah Laku Pekerja, Pengurusan Sumber Manusia, Siasatan Dalaman, Undang- Undang Perburuhan & Hubungan Industri.

Synopsis

Buku ini ditulis berdasarkan kepada pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam pengurusan salah laku pekerja. Buku ini mengandungi sepuluh bab di mana Bab 1 menjelaskan konsep-konsep penting berkaitan salah laku pekerja, Bab 2 membincangkan hak-hak pekerja yang diberhentikan, dan Bab 3 menerangkan prosedur pengurusan salah laku. Manakala Bab 4 sehingga Bab 7 memperincikan proses siasatan dalaman daripada peringkat pra siasatan sehinggalah kepada peringkat pertuduhan siasatan. Tiga bab terakhir iaitu Bab 8 hingga 10 memaparkan contoh-contoh kes sebenar salah laku yang telah diringkaskan untuk memudahkan kefahaman pembaca.


Buku ini ditulis agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan khususnya kepada pengamal sumber manusia dalam mengendalikan kes salah laku pekerja berlandaskan kepada undangundang perburuhan di Malaysia. Selain pengamal sumber manusia, buku ini juga harus dimiliki oleh para majikan, pekerja, dan juga mahasiswa dalam bidang pengajian hubungan industri dan pengurusan sumber manusia. Justeru diharapkan usaha kecil ini memberi manfaat dan impak positif dalam usaha memastikan pengamal sumber manusia dapat menguruskan salah laku pekerja mengikut lunas undang-undang perburuhan, dan tatacara keharmonian perusahaan. Pekerja turut mendapat manfaat daripada buku ini dengan mengetahui hak-hak sebagai seorang pekerja, manakala pihak majikan dapat memahami dengan jelas prosedur pengurusan salah laku khususnya proses siasatan dalaman yang merupakan proses penting dalam pengurusan kes salah laku pekerja. Selain itu, buku ini juga diharap dapat membantu kesatuan, majikan, dan pengamal sumber manusia dalam mencapai dan melestarikan keharmonian perusahaan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahim, A. (2021). Salahlaku Di Tempat Kerja. https://jpp.mohr.gov.my/files/pdf/statistic/Statistic%20JPPM%202020.pdf

Ali, M., Ashgar, A., Sardar B., Farheen B., & Muhamad H., Chithra L., Usha D. (2019).

Workplace misconduct and the requirement of due inquiry: with reference to

the practice in Malaysia. Malayan Law Journal, 5, 113-132.

Aminuddin, M. (2020). Malaysian industrial relations and employment law. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia

Andreoli, N., Lefkowitz, J. (2009). Individual and organizational antecedents of

misconduct in organizations. Journal of Business Ethics, 85, 309.

Downloads

Published

1 May 2023

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7566-82-5

Physical Dimensions

How to Cite

Fadillah Ismail, Rabeatul Husna Abdull Rahman, Siti Suraya Abd Razak, & Aniza Abd Rahim. (2023). Tatacara Pengurusan Salah Laku Pekerja dari Perspektif Undang-undang Perburuhan Malaysia. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/497