Fawasil dalam Wacana Al-Quran

Authors

Mohd Hisyam Abdul Rahim

Keywords:

Fawasil, kalimah, keserasian, lafaz, makna

Synopsis

Buku ini membincangkan fawasil dari konteks takrifan dan bentuk bentuknya, hubungannya dengan ilmu al-‘Adad yang diperoleh dengan jalan periwayatan serta penjelasan mengenai peranan-peranan yang dimainkan oleh fawasil dalam mengupas hikmah dan keserasian pemilihan
kalimah-kalimah al-Qur’an. Buku ini sangat bermanfaat kepada pembaca kerana ia mengajak para pembaca untuk bertadabbur dalam usaha menyelami keindahan dan penghayatan kalimah-kalimah berkaitan fawasil lantaran kewujudannya dalam setiap ayat al-Qur’an dan juga disetiap
surah-surahnya.
Perbahasan fawasil dalam buku ini dibentangkan secara komprehensif dan tersusun sesuai dengan khalayak umum masyarakat yang ingin membacanya. Buku ini merupakan sebahagian daripada dapatan kajian ilmiah penulis bertajuk “Keserasian Fasilah al-Qur’an: Kajian dari Aspek Ilmu Munasabat” yang telah dikemaskini laras bahasa dan perbincangannya agar mudah difahami oleh para pembaca dari segenap lapisan.
Di samping itu juga, buku ini cukup menarik untuk dibaca kerana ia membawa dimensi baru kepada para pembaca mengenai fawasil yang amat istimewa dari aspek struktur untuk setiap satunya atas dasar pemilihan perkataan baginya adalah amat tepat, terbaik, paling elok dari konteks lafaz dan makna. Perkataan tersebut juga mengandungi segala kelebihan dan keistimewaan serta bebas daripada sebarang kekurangan.

Chapters

  • Fawasil dalam Wacana Al-Quran

Downloads

Download data is not yet available.

References


Downloads

Published

1 March 2025

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-490-147-6

Physical Dimensions