Budaya Popular dalam Masyarakat Melayu: Analisis Perspektif Hukum Islam
Keywords:
Teknologi, komunikasi, penyerupaan, ikutan, al-'urfSynopsis
Fenomena budaya popular merupakan suatu realiti yang tidak dapat dipisahkan dalam sistem sosial dan budaya sesebuah masyarakat. Perkembangannya bertambah rancak
dengan revolusi industri dan ledakan kemajuan teknologi maklumat serta komunikasi. Lantas mendorong kepada penyaluran budaya asing secara terbuka, bebas, tanpa sempadan dan disambut dengan peniruan serta peminjaman budaya oleh pihak lain.
Hasil kajian mendapati, terdapat budaya popular yang mendatangkan manfaat dan berimpak positif kepada masyarakat tempatan. Justeru budaya dalam kategori ini adalah diterima dan hukumnya adalah harus. Sebaliknya, budaya popular yang mendorong tindakan hedonistik, melanggar batasan syarak serta bertentangan dengan nilai serta norma hidup masyarakat tempatan diklasifikasikan sebagai suatu amalan yang ditolak kerana boleh membawa kepada kepincangan dalam kehidupan masyarakat. Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam perlu berhati-hati dalam peniruan dan pengamalan budaya popular masyarakat asing agar terhindar daripada larangan Syarak dan batasannya.
Downloads
References
8 Individu Panjat IPOH Beri Keterangan Polis. Berita Harian Online, diakses 8 Januari 2019, https://www.bharian.com.my/node/229482.
#boekdancer #lagidancer #ravermalaya #ravermalaysia #sotong #rave #raverklcc #lrt. video Instagram, dikemaskini 21 Disember, 2016, diakses pada 18 Mac, 2019, https://www.instagram.com/p/BORiV0eheYp/. Dkemaskini pada 2 Januari, 2017, diakses pada 18 Mac, 2019, https://www.instagram.com/p/BOvWbephIBY/.
#semuasudah. Video TikTok, diakses pada 19 Mac, 2019, https://www.tiktok.com/share/challenge/1619658450321409?refer=pc_reflow_challenge&langCountry=en.
(10 Foto) Dynas Mokhtar Nikmati Parti Buih Bersama Rakan-Rakan di Hotel Mewah Sebelum Berkahwin April Ini. Beautifulnara, dikemaskini 30 Mac, 2018, diakses pada 13 Mac, 2019, https://beautifulnara.com/10-foto-dynas-mokhtar-nikmati-parti-buih-bersama-rakan-rakan-di-hotel-mewah-sebelum-berkahwin-april-ini/.
(7 Foto) Pra Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan. Beautifulnara, dikemaskini 12 Oktober, 2015, diakses pada 13 Mac, 2019, https://beautifulnara.com/7-foto-pra-perkahwinan-shukri-yahaya-tya-adnan/.
(Foto & Video) Pre-Wedding Fasha Sandha dan Aidil Aziz. Beautifulnara, dikemaskini 12 Mac, 2019, diakses pada 13 Mac, 2019, https://beautifulnara.com/foto-video-pre-wedding-fasha-sandha-dan-aidil-aziz/.
